Maksud mengubah

mengubah dalam bahasa Inggeris: change

Maksud perkataan ini:

[me.ngu.bah] | مڠوبهDefinisi : 1 menjadikan berbeza drpd yg semula; menukar: Sejak hari itu, ia telah ~ cara hidupnya. 2 menyusun semula sesuatu cerita, karangan dll sehingga menjadi berlainan drpd yg asal; mengolah kembali: Ia ~ jalan cerita itu sehingga menjadi cerita jenaka. 3 tidak menepati janji, sumpah dll; menyalahi yg biasa: Mereka tidak mahu ~ adat resam yg telah dipusakai dr nenek moyang mereka. 4 memindahkan atau mengalih sesuatu dr tempat asalnya ke tempat lain (spt benih dr tapak semaian ke sawah). 5 menukar atau mengalih arah sesuatu (spt pandangan, haluan): ~ pandangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *