Maksud menyusul

menyusul dalam bahasa Inggeris: follow up

Maksud perkataan ini:

Definisi : 1. mengikuti (mengejar) sesuatu yg terdahulu (utk menyaingi atau mendahuluinya): ia dapat diselamatkan kalau lekas disusul; 2. mengikut di belakang, mengekori: dia masuk ke dlm rumah disusul dr belakang oleh anaknya; 3. ikuti (datang) kemudian: biarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~; 4. mengekori, mengikuti jejak: ia mengambil teksi utk ~ dr belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi; 5. mengikuti, melanjutkan, menyambung, menyertai: setelah selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula dgn mengasah gigi; 6. (yg) akan datang, (yg) akan muncul: musim panas yg ~, batang itu tumbuh me­manjang dan mengeluarkan daun; 7. menye­lidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu dll): kebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaan­nya; 8. menyambung (surat yg terdahulu): kerana surat yg pertama tidak berbalas, lalu disusul pula dgn surat yg kedua; 9. keluar menyambut kedatangan orang, mengalu-alu­kan, menyongsong: dia berlari-lari anak turun tangga ~ ibunya yg sedang masuk ke halaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment