Maksud merah

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

merah dalam bahasa Inggeris: red

Maksud perkataan ini:

Definisi : /mérah/ warna spt warna darah. ~ jambu (muda) merah keputih-putihan. ~ kesumba merah tua. ~ lembayung merah bercampur ungu. ~ marak (menyala) sangat merah; merah yg sangat terang. ~ padam merah spt warna bunga padma (bkn warna muka ketika marah). ~ pulasan merah spt warna kulit buah pulasan masak. ~ telinga marah. ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning-kuningan. ~ tua merah kehitam-hitaman. memerah menjadi merah: Kaki langit mulai ~. memerahi menjadikan merah (oleh sesuatu): Jari-jari pengantin itu dimerahi inai. memerahkan menyebabkan jadi merah (dgn menggunakan sesuatu): Gadis itu ~ bibirnya dgn gincu. kemerahan keadaan merah. kemerah-merahan agak merah; seakan-akan merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.

Leave a Comment