Maksud minta

minta dalam bahasa Inggeris: ask

Maksud perkataan ini:

[min.ta] | مينتا

Definisi : 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkali­kali, banyak yg diminta, memohon, memo­hon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak Dapatkan Cinta Sejati?

Isi maklumat di bawah, dan saya akan hantar tips-tips menarik yang sesuai untuk anda mencari cinta.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *