Maksud mula

mula dalam bahasa Inggeris: from

Maksud perkataan ini:

[mu.la] | مولا

Definisi : 1 paling awal; dahulu sekali: Dialah yg ~ duduk di sini. 2 sebab: Apa ~nya dia menangis ini? 3 = asal ~ pokok pangkal; asal. mula-mula dahulu sekali; pd awalnya: ~ ia berasa takut tetapi lama-kelamaan ia berani. bermula 1 mempunyai mula atau punca; berpangkal: Sungai ini ~ dr Gunung Kinabalu. 2 pertama kali; terdahulu sekali: Pd hari itulah saya ~ mendengar cerita itu. 3 = sebermula pd mulanya: ~ maka sampailah anak raja itu ke negeri Cina. memulai menjadi sbg mula kpd: kalimah “assalamualaikum” ~ ucapannya. memulakan 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. termula telah dimulakan: Apabila sudah ~ makan ganja, susahlah hendak menghentikannya. permulaan 1 yg awal atau yg pertama sekali: Pd ~ perlumbaan itu, mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. pemula 1 orang yg mula-mula membuat sesuatu. 2 sesuatu yg digunakan utk memulakan sesuatu. semula 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. ~ jadi a. tanpa gangguan manusia: alam ~ jadi. b. memang demikian dr mula; tidak dibuat-buat: perangai ~ jadi; rambut yg ikal ~ jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *