Maksud mulut

mulut dalam bahasa Inggeris: mouth

Maksud perkataan ini:

[mu.lut] | مولوت

Definisi : 1. bukaan tempat mengunyah makanan (tempat lidah dan gigi pd manusia atau bina­tang): kuman itu masuk ke dlm tubuh melalui ~ bersama-sama makanan dan air yg di-minum; 2. ki sesuatu yg rupanya spt mulut (boleh dianggap sbg mulut), lubang, liang: ~ belanga; ~ kubur; 3. ki perkataan, per­cakapan; banyak ~ banyak cakap, cerewet; ~ bedil lubang laras bedil; ~ berus Kl a) suka membuka rahsia; b) suka mengeluarkan kata­kata yg kesat; ~ bisa suka mengeluarkan kata­kata yg pedas; ~ busuk nafas berbau busuk; ~ daun lubang kecil-kecil (utk pernafasan) pd daun; ~ gatal gemar memperkatakan apa sahaja; ~ gunung lubang kawah gunung berapi; ~ hebiak Kd orang yg suka mengata orang; ~ hodoh Kl suka mencarut-carut; ~ kotor suka mengeluarkan kata-kata keji kata; ~ kulit lubang kecil pd kulit (utk perpeluhan); ~ manis lemah lembut dan baik tutur katanya; ~ murai orang yg sangat suka bercakap-cakap; ~ sungai kuala (muara) sungai; ~ tajam suka menge­luarkan kata yg pedas-pedas; ~ bagai ekor ayam dihembus prb seseorang yg mulutnya tidak berhenti-henti berkata­kata; ~ bau madu, pantat bawa sengat prb orang yg manis mulutnya tetapi hatinya jahat; ~ disuapi pisang, pantat dikait dgn onak prb bermuka-muka manis tetapi di belakang di­umpat atau dibuatkan pekerjaan yg menda­tangkan bahaya dll; ~ hang lebih drpd gedem-bai = ~ kamu harimau kamu, mengerkah (batu) kepala kamu prb perkataan kamu juga yg membinasakan diri kamu; ~ manis jangan percaya, lepas dr tangan jangan diharap prb jangan percaya kpd orang yg manis per­kataannya dan barang atau wang yg dipinjam­kan kepadanya jangan diharap akan dapat kembali; ~ manis mematahkan tulang prb jika seseorang disuruh dgn lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia be­kerja dgn sehabis-habis upayanya; ~ satu lidah bertopang prb orang yg jahat hati itu perkataannya lain drpd hasrat hatinya; gula di dlm ~ prb sesuatu barang yg telah dlm milik kita; manis ~nya bercakap spt santan manisan, di dlm bagai empedu prb perkata­an yg lemak manis biasanya berisi tipu semu di dalamnya; terlepas dr ~ buaya, masuk ke ~ harimau prb terhindar drpd kemalangan kecil lalu menghadapi kemalangan yg lebih besar; bermulut 1. mempunyai mulut, berlubang spt mulut; 2. bk bertutur, bercakap; ~ besar banyak cakap, angkuh, sombong; ~ keras berkeras kepala (suka melawan); ~ manis bercakap-cakap dgn lemah lembut; ~ di mulut orang prb selalu menurut kata orang; bermulut-mulut bk bercakap-cakap, berkata­kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *