Maksud muntah

muntah dalam bahasa Inggeris: vomit

Maksud perkataan ini:

[mun.tah] | مونته

Definisi : 1. keluar kembali drpd mulut (barang yg dimakan dll): maka terkadang-kadang ~lah ia sebab banyak meminum air masin itu; 2. = muntahan apa-apa yg keluar kem­bali melalui mulut; 3. turun atau luntur (warna kain); ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyak; ~ berak sering muntah-muntah dan berak (kerana penyakit taun); ~ darah menge­luarkan darah dr mulut; ~ kedarah bk makan; menjilat ~ sendiri prb apa yg telah ditolak (dicacat) diterima lagi; memuntahi mengeluarkan muntah dan me­ngenai sesuatu: ia ~ katilnya; memuntahkan 1. mengeluarkan muntah (apa yg sudah di dlm perut): ia ~ kembali apa yg telah dimakannya; 2. mengeluarkan apa yg ada di dlm mulut, meluahkan: setelah diku-nyah-kunyah, dimuntahkan kembali sirih itu; 3. ki mengeluarkan banyak-banyak: kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dr mesingannya yg menggerutup menuju sasarannya; ~ isi perut bk mengeluarkan perasaan hati; pemuntahan perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan: di Malaysia, kaedah ~ yg sela-mat bagi mengeluarkan racun yg tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah; pemuntah (ubat dsb) yg menyebabkan mun­tah: agen ~ ialah ubat yg sengaja diberikan supaya pesakit itu muntah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment