Maksud naik

naik dalam bahasa Inggeris: up

Maksud perkataan ini:

[nai/] | ناءيق

Definisi : 1. bergerak ke atas: asap ~ ke udara; bulan ~ dr satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh); tegak ~ a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi); b) sudah mulai besar (budak yg berumur lebih kurang 15 tahun); 2. ber­gerak ke tempat yg lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga): maka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang yg luas; dgn segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepat-cepat; 3. mengenderai (kuda, kereta, dll), masuk ke kenderaan: ~ kereta ke Pulau Pinang; ~ lif ke tingkat empat; 4. bertambah tinggi (mahal, besar, banyak, dll) drpd yg mula, bertambah, meningkat: ~ dan turunnya jualan tuan pd tiap-tiap bulan terpulanglah kpd kecekapan tuan mengurus perniagaan; semua harga barang ~; kalau pangkat ~ gaji pun akan ~; 5. tumbuh menjadi besar (tinggi dll): padi sedang ~; 6. menjadi, berubah menjadi: air mukanya dgn serta-merta ~ merah padam, dgn itu aku ~ pelik pula; 7. kembang atau mengembang (bkn adunan kuih): pukul telur sehingga ~; biarkan adunan roti itu ~;~ angin = ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dll; ~ apel = ~ banding Id memohon ke pengadilan yg lebih tinggi; ~ basuh kaki tidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan kenduri kahwin (bkn pengantin laki-laki); ~ besar sudah mulai besar (anak-anak); ~ darah (menjadi) marah; ~ darat naik ke darat (turun dr kapal); ~ darjat menjadi tinggi darjatnya; ~ daun a) mendapat (keuntungan atau kesenangan); b) bernasib baik atau beruntung (dlm perjudian dll); ~ gaji mendapat gaji yg lebih tinggi; ~ gembira sl menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dll); ~ geram menjadi marah; ~ gila a) menjadi gila; b) terlalu asyik akan sesuatu; ~ haji pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima; ~ harga menjadi mahal (berharga lebih drpd biasa); ~ hati menjadi girang (sombong); ~ kapal a) mula naik ke kapal; b) belayar dgn kapal, me­numpang kapal; ~ kelas Id meningkat ke darjah yg lebih tinggi; ~ (di, di atas) kepala berbuat sesuatu yg melampaui batas; ~ lemak menjadi terlalu manja (dan melampau perbuatannya); ~ marah bangkit marahnya, menjadi marah; ~ mempelai a) menjadi pengantin, berkahwin; b) pertama kali tidur dgn isteri; ~ merik Id bertambah besar kehormatannya; ~ minyak menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang; ~ nobat Mn menjadi pengantin, berkahwin; ~ palak a) menjadi panas hati, meradang; b) berasa tidak senang, susah; ~ panas menjadi marah; ~ pangkat mendapat jawatan yg lebih tinggi; ~ pelamin Mn menjadi pengantin; ~ pitam a) mendapat pitam (menjadi pening); b) menjadi marah atau panas hati; ~ radang meradang; ~ raja sl menjadi raja; ~ saksi a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); ~ semangat bertambah semangat (bertambah berani dll); ~ seri kelihatan manis, berseri dsb selepas disolek, diandam dsb; ~ setum Id bp menjadi marah; ~ syeikh bp lupa diri, hilang pertimbangan; ~ takhta ditabalkan menjadi raja; ~ tangan beruntung, bertuah; ~ tocang bp besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan; bulan ~, matahari ~ prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan; ~ dr janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya; ~ melompat, turun terjun = ~ membilang anak tangga, turun se­langkah jejaklah ke bumi = ~ spt semut, turun spt ribut prb hendak memperoleh kejayaan selalu­nya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali; menaik bergerak ke atas: kelok tersebut ~ semula; menaik-naik bp makin naik, menjadi-jadi: kebosanannya itu mulai ~ apabila suaminya tidak pulang-pulang; menaiki 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); menaikkan 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; naik-naikan Id, bp waktu murid naik darjah; kenaikan 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; penaikan perihal atau perbuatan menaik­kan; penaik; bahan ~ bahan yg digunakan utk menaikkan adunan kuih (spt serbuk penaik dsb); ~ darah orang yg lekas marah, pemarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *