Maksud naung

0

naung dalam bahasa Inggeris: naung

Maksud perkataan ini:

[naung] | ناءوڠ

Definisi : , = naungan 1 tempat teduh atau tempat yg terlindung drpd panas (di bawah pokok dll): Dia duduk di bawah ~ pohon yg rimbun. 2 ki jagaan; kawalan; lindungan: Pd awal kurun yg kedua puluh dahulu, banyak negeri di Asia dan di Afrika yg terletak di bawah ~ Inggeris. bernaung 1 berlindung di bawah pokok dll; berteduh: Kami ~ di bawah pokok ceri kerana hari terlalu panas. 2 ki berlindung pd kerajaan lain; meminta perlindungan drpd negara lain; menjadi daerah naungan: Kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris. menaungi 1 menjadi sbg naungan kpd; melindungi; memayungi: Pohon-pohon ketapang ~ tapak semaian kami. 2 ki memberikan naungan (perlindungan) kpd negara dll: Kerajaan Inggeris telah ~ negeri-negeri Melayu selama lebih drpd lima puluh tahun. pernaungan perbuatan atau hal bernaung. penaungan perbuatan atau hal menaungi; pelindungan. penaung orang yg memberikan perlindungan (bantuan, galakan dll); pelindung: Isteri Perdana Menteri telah dilantik menjadi ~ Persatuan Wanita Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.