Categories
Perkataan

Maksud negara

negara dalam bahasa Inggeris: country

Maksud perkataan ini:

[ne.ga.ra] | نݢارا

Definisi : 1 kumpulan masyarakat yg mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan: Kepentingan ~ lebih di­utamakan drpd kepentingan perseorangan. 2 sesuatu kawasan yg didiami oleh masyarakat tsb: ~ Malaysia. ~ dunia ke­tiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara berkumpulan yg dianggap masih mundur atau sedang membangun. ~ jiran, = ~ tetangga negara yg berdekatan. ~ maju negara kaya yg sebahagian besar ekonominya bergantung pd industri dan pendu­duk­nya menikmati taraf hidup yg tinggi. ~ matahari terbit negara Jepun. ~ membangun negara yg sedang giat berusaha meningkatkan taraf hidup, ekonomi dsb (spt Malaysia). ~ per­in­dustrian negara yg kekuatan dan kemajuan ekonominya berteraskan pel­bagai industri. kenegaraan segala yg berkaitan dgn negara. negarawan orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara; orang yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara; ahli negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *