Maksud nikah

nikah dalam bahasa Inggeris: married

Maksud perkataan ini:

[ni.kah] | نکاح

Definisi : akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung per­kah­winan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir per­kahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment