Maksud ootd

ootd dalam bahasa Inggeris: ootd

Maksud perkataan ini:

OOTD merupakan akronim dalam Bahasa Inggeris yang membawa maksud Outfit Of The Day. Manakala, makna yang bersesuaian apabila diterjemahkan dalam Bahasa Melayu ialah pakaian yang digunakan pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, perkataan OOTD masih belum diterima dalam Kamus Dewan Bahasa Melayu.

Perkataan OOTD  semakin banyak digunakan dalam kalangan pengguna media sosial terutama di Instagram dengan menggunakan tanda pagar #OOTD. Singkatan ini mula popular sejak 3 tahun kebelakangan dan merupakan satu fenomena zaman moden merujuk kepada seseorang yang ingin memperlihatkan gayanya dari atas sehingga bawah pada hari tersebut.

Contoh perkataan: “Risya, kita tak ambil gambar #OOTD lagi hari ni. Jom sekarang, kejap lagi boleh upload dekat IG.”

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *