Categories
Perkataan

Maksud sejarah

sejarah dalam bahasa Inggeris: history

Maksud perkataan ini:

Definisi : 1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yg me­ngesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan, mengisah­kan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Categories
Perkataan

Maksud gemar

gemar dalam bahasa Inggeris: fancy

Maksud perkataan ini:

[ge.mar] | ݢمر

Definisi : suka benar (akan): Saya ~ minum susu. menggemari berasa suka benar akan; menyukai: Mereka ~ syair Siti Zubaidah. kegemaran apa-apa yg digemari atau disukai; kesukaan: ~ nenek moyang kita pd zaman lampau ialah membaca syair. penggemar orang yg menggemari: Dia ~ lagu-lagu Melayu asli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Categories
Perkataan

Maksud glosari

glosari dalam bahasa Inggeris: glossary

Maksud perkataan ini:

Definisi : senarai istilah berserta takrifnya yg disusun menurut abjad khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)