Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:
pancing dalam bahasa Inggeris: fishing rod
Maksud perkataan ini:
[pan.cing] | ڤنچيڠ
Definisi : alat utk menangkap ikan dsb yg terdiri drpd joran, tali yg hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail; makan ~ terlekat pd mata kail, kena tangkap dgn kail (bkn ikan dll); ~ kacar pancing yg tidak memakai mata (utk menangkap sotong dll); ~ tunda pancing yg ditarik pd belakang perahu; main ~ sj permainan daun terup (kartu); umpan habis ~ putus, punca terlepas drpd tangan prb perbuatan atau usaha yg sia-sia, malahan rugi pula; memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pancing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg dihajati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan sewaktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb perihal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; pancing-memancing ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg menarik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; terpancing kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki, lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diperoleh); pancingan sesuatu yg digunakan utk memancing (memikat dll), provokasi: rancangan itu sbg satu ~ undi pilihan raya; ini semua hanya ~; kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail; pemancing orang yg memancing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.