Maksud pangku

pangku dalam bahasa Inggeris: pockets

Maksud perkataan ini:

[pang.ku] | ڤڠکو

Definisi : riba, ribaan: tuanku Malim Deman bersenda gurau dgn tuan Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya; berpangku (duduk, tidur, dll) di atas pangku: dia menjenguk ke dlm seketika dan mendapati orang banyak, ada yg sedang ~-pangku; anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai; ~ tangan tidak berbuat apa­-apa, tidak melakukan apa-apa kerja; memangku 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), me­riba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. me­ngelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggan­tikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pang­kat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah meng­habiskan harta tetapi hendaklah mencari ke­untungan; pangkuan 1. ribaan: ia membaringkan Masdi di atas ~nya; 2. ki kalangan, ling­kungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka; pemangkuan 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah,dll); pemangku 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyeleng­garakan pemerintahan dll, pengelola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment