Maksud pantas

pantas dalam bahasa Inggeris: fast

Maksud perkataan ini:

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1 dpt bergerak atau berlaku dgn cepat; lekas; laju: Mereka terus juga berkayuh dgn ~ menuju ke seberang. 2 dpt berbuat sesuatu dgn mahir; cekap: Kakak saya lebih ~ memasak drpd mengemas rumah. 3 layak; patut: Gaji yg tidak seberapa itu tidak ~ baginya sbg seorang yg mempunyai kepakaran. 4 sesuai; sepadan: Baju yg sangat terang warnanya tidak ~ dipakai oleh orang yg sudah berumur. memantaskan menjadikan pantas; mencepatkan: Aminah ~ langkahnya ketika hampir dgn garisan penamat. kepantasan 1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *