Maksud pedang

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

pedang dalam bahasa Inggeris: sword

Maksud perkataan ini:

[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata yg panjang bilahnya, biasanya tirus di hujungnya dan tajam; ~ beladau pedang pendek; ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya; ~ ekor pari = ~ setiabu pedang yg bersegi tiga matanya; ~ jenawi pedang panjang yg dipegang dgn dua belah tangan; ~ kerajaan pedang kebesaran (raja dll); ~ lurus (serunai) pedang utk bermain anggar; ~ rumput sj alat spt pedang utk memotong rumput; main ~ berlawan pedang; (spt) kena ~ bermata dua prb terlalu sakit hati; menepek mata ~ prb menentang orang yg kuat (berkuasa); memedang menetak dgn pedang; ~ rumput memotong rumput (dgn pedang rumput). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.

Leave a Comment