Maksud pegang

pegang dalam bahasa Inggeris: hold it

Maksud perkataan ini:

[pe.gang] | ڤݢڠ

Definisi : ; berpegang 1 membuat tangan memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan, ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. memegang 1 menggenggam atau memaut dgn tangan; menjadikan tangan menggenggam sesuatu: Sambil bersalam, tangan kirinya ~ bahuku. 2 mengurus atau memimpin sesuatu perusahaan dll; menjabat atau memangku sesuatu pekerjaan: Beliau telah ~ jawatan pengurus di firma itu selama dua tahun. 3 tetap berpegang teguh pd sesuatu sbg pedoman: Mereka masih ~ adat yg lama-lama. ~ amanah menunaikan sesuatu amanah. ~ buku mengurus buku akaun dlm soal kewangan. ~ janji berpegang teguh pd segala janji yg telah dibuat. ~ peranan menjalankan peranan atau tanggungjawab. pegangan 1 tempat berpegang: Kalau tongkatnya hilang, tentulah orang buta itu meraba-raba mencari ~. 2 sesuatu yg dijadikan dasar (prinsip); pedoman. pemegang 1 alat utk memegang sesuatu. 2 bahagian drpd sesuatu benda utk dipegang. 3 orang yg memegang sesuatu jawatan atau yg mengendalikan sesuatu urusan: ~ buku orang yg mengurus buku akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment