Categories
Perkataan

Maksud pendek

pendek dalam bahasa Inggeris: short

Maksud perkataan ini:

[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *