Maksud pengajian
pengajian dalam bahasa Inggeris: study
Maksud perkataan ini:
Definisi : 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.