Maksud periuk

periuk dalam bahasa Inggeris: pot

Maksud perkataan ini:

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : sj bekas drpd tanah (aluminium dll) tempat memasak nasi (gulai dll); ~ api sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; ~ belanga berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); ~ nasi a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; ~ tekanan sj periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap bertekanan tinggi; ~ mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga; barang di mana pun pantat ~ itu hitam juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin juga; besar ~ besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula perbelanjaan; di mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal prb perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam; jangan menumbuk di ~, bertanak di lesung prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan; menumbuk di ~, bertanak di lesung prb mengerjakan sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *