Maksud AKHIRNYA

Kongsi Maksud akhirnya di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: akhirnya.
Dalam Bahasa Inggeris: finally

Maksud perkataan ini:


Definisi : 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya ke­sudah­an­nya; 2. yg belakang sekali, bela­kang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tem­poh­nya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, mena­mat­kan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adik­nya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd per­kataan spt tumbuhan, mengasihi, menda­lam­kan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau meng­akhir­kan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (me­namat­kan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Mungkin berkaitan:

  • terminal
  • telinga
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud ajak | Cari Maksud | Selepas: Maksud anda