Maksud ALUN

Kongsi Maksud alun di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: alun.
Dalam Bahasa Inggeris: alun

Maksud perkataan ini:

[a.lun] | الون

Definisi : ombak yg memanjang dan tidak meme­cah, ombak yg bergulung-gulung: perahu itu berayun-ayun dilenggang ~; beralun, beralun-alun 1. berombak me­man­jang: air laut yg ~; padi di sawah ~-alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan rambut men­­jadi­kan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara); mengalun, mengalun-alun 1. mengom­bak memanjang, mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun: suara azan ~ ke udara; mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun (berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli; alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang me­nye­bab­kan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Mungkin berkaitan:

  • untai
  • ubi
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud alpine | Cari Maksud | Selepas: Maksud alku