Maksud AMAL

Kongsi Maksud amal di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: amal.
Dalam Bahasa Inggeris: charity

Maksud perkataan ini:

[Öa.mal]/[a.mal] | عمل

Definisi : 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. per­buatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt ber­derma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerja­kan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; mengamalkan 1. melaksanakan, mem­prak­tik­kan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasa­kan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tem­pat­­an; amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati menger­ja­kan sesuatu; 3. pelaksanaan; pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Mungkin berkaitan:

  • kerja
  • wajib
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud alkali | Cari Maksud | Selepas: Maksud Almarhum