Maksud AMBIL

Kongsi Maksud ambil di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: ambil.
Dalam Bahasa Inggeris: take it

Maksud perkataan ini:

[am.bil] | امبيل

Definisi : ; mengambil 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. ~ anak menerima dan membela anak orang sbg anak sendiri. ~ angin keluar bersiar-siar utk menyedut udara nyaman. ~ bahagian turut menyertai sesuatu perkara. ~ berat memberi perhatian dgn sunguh-sungguh; mempedulikan. ~ gambar membuat gambar dgn kamera. ~ hati memikat hati. ~ ingatan membuat sbg peringatan. ~ keputusan membuat keputusan. ~ kesempatan (peluang) menggunakan sesuatu kesempatan atau peluang. ~ langkah a. mula melangkah (berjalan). b. mula bertindak. ~ peperiksaan (ujian) menyertai sesuatu peperiksaan atau ujian. mengambilkan mengambil utk: Ia ~ anaknya makanan yg tersimpan di dlm almari itu. ambilan yg diambil. pengambilan perbuatan atau hal mengambil. pengambil orang atau pihak yg mengambil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Mungkin berkaitan:

  • abang
  • kerja
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud amarah | Cari Maksud | Selepas: Maksud amfiteater