Maksud AMPUN

Kongsi Maksud ampun di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: ampun.
Dalam Bahasa Inggeris: forgiveness

Maksud perkataan ini:

[am.pun] | امڤون

Definisi : kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan; mengampuni memberi ampun (kpd sese­orang), memaafi (seseorang): baginda mem­punyai kuasa utk ~ orang salah; mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb sese­orang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya; terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~; ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd orang tuanya; 2. = pengampunan; pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri; pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha P~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Mungkin berkaitan:

  • wakil
  • utus
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud analisa | Cari Maksud | Selepas: Maksud ancam