Maksud ANGGUK

Kongsi Maksud angguk di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: angguk.
Dalam Bahasa Inggeris: nod

Maksud perkataan ini:

[ang.gu/] | اڠݢوق

Definisi : 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak); berangguk = mengangguk; berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk; mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau me­mak­lumi kata-kata seseorang): ~ mengia­kan; mereka ~ bersetuju; mengangguk-angguk 1. turun naik: halu­an perahu pun ~; 2. mengangguk berkali-kali: mereka semua ~ tanda setuju; menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah: ia ~ kepalanya; mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah berulang kali: ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan percakapan­nya; terangguk-angguk 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2. mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepala­nya ~ mendengar cakap ibunya; anggukan gerakan mengangguk: ~ dan gelengan kepala saya tidak dipedulikannya; pengangguk; tali ~ sj tali pd perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Mungkin berkaitan:

  • tiga
  • menangguk
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud Andalas | Cari Maksud | Selepas: Maksud aneka