Maksud ANJUNG

Kongsi Maksud anjung di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: anjung.
Dalam Bahasa Inggeris: anjung

Maksud perkataan ini:

[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai an­jung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan meme­gang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak di­naik­kan; 2. = menganjung-anjung, meng­anjung-anjungkan memuji-muji, meng­angkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (pera­hu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Mungkin berkaitan:

  • wakaf
  • tongkat
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud anjing | Cari Maksud | Selepas: Maksud apa