Maksud ARAH

Kongsi Maksud arah di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: arah.
Dalam Bahasa Inggeris: directions

Maksud perkataan ini:

[a.rah] | اره

Definisi : 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkem­bangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, ber­ha­luan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, pe­rintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk mem­buat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru ber­pandu; 2. perihal mengarah (memberi teka­n­an pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi mem­berikan khidmatnya dlm mena­sihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syari­kat yg bertanggungjawab kpd lembaga peng­arah dan terhadap keseluruhan pengu­rusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, ke­boleh­an dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sedia­kanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukan­nya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Mungkin berkaitan:

  • sejarah
  • zarah
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud anyam | Cari Maksud | Selepas: Maksud antipodes