Maksud AWAS

Kongsi Maksud awas di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: awas.
Dalam Bahasa Inggeris: be careful

Maksud perkataan ini:

[a.was] | اوس

Definisi : 1 hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2 dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas (-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada: Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Mungkin berkaitan:

  • kerja
  • wilayah
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud audit | Cari Maksud | Selepas: Maksud ke atas