Maksud HIMPIT

Kongsi Maksud himpit di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: himpit.
Dalam Bahasa Inggeris: perfect

Maksud perkataan ini:

[him.pit] | هيمڤيت

Definisi : sangat rapat (antara dua benda dll), asak-berasak; berhimpit, berhimpit-himpit sesak-me­nye­sak, berasak-asak, bersempit-sempit: tak sanggup aku hendak menempuh orang yg berhimpit-himpit itu; menghimpit 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskin­an ~ kehidupan keluarganya; menghimpitkan menindihkan hingga ter­sepit, merapatkan hingga sesak-menyesak, menekankan; memperhimpitkan, memperhimpit-him­­­­­­pit­­­­­­­­­­kan merapatkan berhimpit-himpit; ter­himpit 1. terjepit, terapit, ter­tin­dih; 2. ki susah (bkn kehidupan), terdesak: kehi­dup­annya di kampung ini makin tersepit dan ~; himpitan perbuatan menghimpit (menekan, menyesak, dll), tekanan, asakan: mereka tidak tahan lagi menderita ~ drpd tentera Jepun itu; kehimpitan keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Mungkin berkaitan:

  • tindih
  • tindas
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud terhina | Cari Maksud | Selepas: Maksud hincut