Maksud JATUH

Kongsi Maksud jatuh di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: jatuh.
Dalam Bahasa Inggeris: fall

Maksud perkataan ini:
Definisi : 1 turun (terlepas) ke bawah dgn cepat; gugur atau luruh ke bawah: Buah yg ranum itu ~ ke tanah apabila ditiup angin. 2 menjadi kurang (bkn harga, nilai dll); merosot: Banyak juga peniaga yg rugi semasa nilai mata wang Inggeris ~ dahulu. 3 bersamaan dgn: Hari Raya Puasa ~ pd hari Sabtu. 4 menjadi (miskin, sakit dll): Bapanya ~ sakit. 5 tidak berhasil; gagal: Perusahaannya ~ kerana ditipu oleh pelanggan-pelanggan. 6 kalah atau dirampas (musuh); tidak dpt dipertahankan: Bandar itu telah ~ ke tangan musuh. ~ hati (kasih) menaruh cinta kpd seseorang. ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll). ~ nama mendapat nama buruk. menjatuhi menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yg lain; melepaskan sesuatu supaya jatuh pd: Yg dituduh telah dijatuhi hukuman mati. menjatuhkan 1 melemparkan ke bawah; menggugurkan: Dia ~ gelas itu kerana geram. 2 menurunkan (nilai, harga dll): Secara tidak langsung, dialah yg telah ~ perniagaan kedai itu. 3 mengalahkan; menggagalkan; menumbangkan: Dia telah ~ lawannya dlm perlawanan tinju. 4 melakukan atau mengenakan sesuatu sbg hukuman: Tuan hakim telah ~ hukuman gantung ke atas pembunuh itu. ~ maruah memberi malu. ~ talak menceraikan isteri. terjatuh jatuh dgn tiba-tiba: Kuihnya ~ kerana ia terperanjat. kejatuhan perihal jatuh: ~ nilai mata wang merugikan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Mungkin berkaitan:

  • tunjam
  • tumbang
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud senarai | Cari Maksud | Selepas: Maksud laksamana