Maksud MASUK

Kongsi Maksud masuk di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: masuk.
Dalam Bahasa Inggeris: go in

Maksud perkataan ini:

[ma.su/] | ماسوق

Definisi : 1 pergi ke dlm: Siapa yg ~ ke bilik itu tadi? 2 pergi menghadirkan diri (di tempat bekerja, di sekolah dll): Ahmad tidak ~ kerja hari ini. 3 turut serta menjadi ahli sesuatu pergerakan dll: Maka banyaklah orang di situ yg ~ Islam. 4 yg diterima atau yg diperoleh: Bulan ini wang ~ berjumlah RM5,000/-. ~ akal dpt diterima akal; munasabah. ~ angin a. sakit kerana kesejukan (perut kembung dll). b. tidak garing kerana sudah lama terdedah (bkn biskut, kuih dll); lemau. ~ campur turut serta dlm sesuatu hal. ~ kira turut dikira. ~ tangan campur tangan; mencampuri hal orang lain. ~ waktu sudah sampai waktunya. memasuki 1 masuk ke dlm sesuatu: Tiada sesiapa pun yg berani ~ gua itu. 2 mengikuti atau mencampuri hal yg dilakukan oleh orang lain; menyertai: ~ peperiksaan; ~ UMNO. 3 mengikuti sesuatu kursus; menjadi pelajar di: Beberapa orang murid dr sekolah itu akan ~ Universiti Kebangsaan pd bulan depan. memasukkan 1 membawa atau membiarkan masuk; menyuruh masuk atau menyuruh menyertai sesuatu pertubuhan dll: Doktor telah menyuntik kami utk ~ ubat yg dpt mencegah penyakit itu. 2 menaruh di dlm sesuatu; menyimpan: Dia ~ RM50.00 pd tiap-tiap bulan ke dlm akaun simpanannya di bank itu. termasuk 1 sudah masuk: ~ di hati dpt dipercayai; dpt diterima akal. 2 telah masuk dlm sesuatu kiraan; terhitung; tergolong: Kami tidak ~ dlm senarai orang yg mencuaikan pekerjaan. masukan yg digunakan utk memasukkan sesuatu: tapis ~. kemasukan perihal masuk (sesuatu pertubuhan dll): Malaysia menyokong ~ Negara China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. pemasukan perihal (perbuatan) memasuki atau memasukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Mungkin berkaitan:

  • pintu
  • wap
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud mastektomi | Cari Maksud | Selepas: Maksud masukkan