Maksud PANJANG

Kongsi Maksud panjang di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: panjang.
Dalam Bahasa Inggeris: long

Maksud perkataan ini:

[pan.jang] | ڤنجڠ

Definisi : 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini, tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Mungkin berkaitan:

  • wakil
  • usus
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud pantas | Cari Maksud | Selepas: Maksud berpanjangan