Maksud TANGGA

Kongsi Maksud tangga di FB

Ketik suka pada laman kami di Muka buku!

Perkataan: tangga.
Dalam Bahasa Inggeris: stairs

Maksud perkataan ini:
[tang.ga] | تڠݢDefinisi : tangga 1. tempat tumpuan kaki yg bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dll: ~ rumah; naik ~; 2. alat utk tumpuan memanjat (takuk pd pokok, sigai, dll), injak-injak; 3. ki bahagi­an drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan; ~ bongsu anak tangga yg bawah sekali; ~ gaji tingkatan gaji; ~ nada susunan nada yg me­ning­kat naik bunyinya; ~ pilin = ~ sulur batang tangga yg berpusing; ~ senigai (sigai) tangga drpd sebatang kayu yg diberi bersigai; ~ sulung anak tangga yg di atas sekali; tolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri prb baik-baik dlm kesenangan dan peker­jaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; setangga; orang ~ orang yg tinggal berde­kat­an, jiran, tetangga: barangkali engkau ber­temu di sana dgn orang ~ kita; bertangga 1. ada tangganya, memakai tang­ga; 2. ki berperingkat, bertingkat-tingkat: kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; ber­janjang naik, ~ turun prb menurut darjat dan kedudukan masing-masing; bertanggakan menggunakan sesuatu sbg tangga: pondoknya yg ~ buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Mungkin berkaitan:

  • visi
  • usaha
  • Cari perkataan lain menggunakan ruangan di bawah:

    Sebelum: Maksud tangerin | Cari Maksud | Selepas: Maksud tanduk