Maksud pikul

pikul dalam bahasa Inggeris: pikul

Maksud perkataan ini:

[pi.kul] | ڤيکول

Definisi : 1. barang yg diangkat dgn galas di atas bahu: membeli se~ air minum; 2. ukuran berat yg besarnya 100 kati (lebih kurang 62.5 kg): harga lima ~ beras ialah RM150; berpikul-pikul beberapa pikul; memikul 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggung­jawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada ber­wang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; memikulkan 1. memikul beban utk orang lain; 2. meletakkan sesuatu di bahu utk dipikul; 3. membebankan, memberi menanggung, me­nyerahkan (kewajiban, tanggungjawab, dll) kpd: aturan-aturan baru yg dipikulkan kpd kita; terpikul 1. dapat atau berupaya dibawa di atas bahu: saya tidak ~ seguni beras itu; 2. ditanggung, terletak: kini tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak ~ di bahunya; 3. dapat ditanggung, terderita, tertahan: dia mengalami tekanan jiwa yg tidak ~ olehnya; pikulan 1. tongkat utk memikul sesuatu, galas, gandar; 2. beban atau muatan yg dipikul; pemikul orang yg memikul beban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *