Maksud pilih

pilih dalam bahasa Inggeris: select

Maksud perkataan ini:

[pi.lih] | ڤيليه

Definisi : ; ~ bulu memandang kedudukan, bangsa, keturunan, dsb; ~ kasih mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dlm membuat keputusan dll; berpilih-pilih 1. pilih dgn amat teliti; 2. susah didapat, sedikit saja (yg), tidak sebarang (orang dll): ~ orang yg boleh menjadi pemimpin perkumpulan itu; raja-raja dan menteri-menteri yg banyak itu ~ yg tahu akan bahasa Nigrama itu; memilih 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak meman­dang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah­-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; memilihkan memilih (barang, jodoh, dll) utk orang lain; terpilih 1. dapat dipilih, telah dipilih: wakil PAS yg tunggal dlm Parlimen pernah ~ dr Kerian; 2. memilih dgn tidak sengaja; pilihan 1. yg telah dipilih, hasil memilih: siapalah yg tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; 2. yg ter­baik (terpilih, terkemuka, dll): dihantarnya beberapa orang ~; pemilihan hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan itu tidak begitu adil; ~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organis­ma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cen­derung membiak dgn banyak; ~ bertingkat (berjenjang) ark Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg mem­punyai ciri terbaik utk dikacukkan; ~ langsung Id pemilihan wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya umum; pemilih 1. orang yg memilih; 2. terlalu memilih-milih: ia sangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *