Maksud pinang

0 24

pinang dalam bahasa Inggeris: pinang

Maksud perkataan ini:

[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : sj tumbuhan (palma yg buahnya di­makan dgn sirih), Areca catechu; ~ kotai = ~ kosi a) buah pinang tua yg dikeringkan; b) sj binatang spt halipan, gong­gok; c) Kl orang bodoh yg mempunyai sifat­-sifat kekerasan; ~ masak a) warna kuning kemerah-merahan; b) buah pinang yg sudah masak; ~ muda a) buah pinang yg masih muda; b) alku, muncikari; ~ raja sj tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka; ~ sebatang a) tidak mempunyai sanak saudara; b) ki kurus dan tinggi; spt ~ dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan); ~ pulang ke tampuk prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya); ~ tua merah ekor prb, Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perem­puan muda; bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri prb, Mn melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa; darah baru setampuk ~ prb masih muda benar; kasihkan ~ sebatang drpd aur serumpun prb, Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

---

Biar Makna.online wujud tanpa iklan

Tolong Makna wujud tanpa sebarang iklan. Jika setiap pelawat Makna menderma RM1, laman web ini boleh hidup tanpa sebarang iklan. Klik sini untuk baca butirannya.

---

Leave A Reply

Your email address will not be published.