Maksud piring

piring dalam bahasa Inggeris: plate

Maksud perkataan ini:

[pi.ring] | ڤيريڠ

Definisi : 1. sj pinggan yg kecil utk mengisi kuih dll atau utk alas cawan dll: ia menyorongkan ~ kuih itu kpd kawannya; 2. = piring-piring, piringan barang yg bulat pipih serupa piring: ~ peti nyanyi; 3. petak (kebun, ladang, dll): kebun kelapanya berbau-bau dan sawahnya beratus-ratus ~; ~ mangkuk a) = ~ cangkir Id perkakas atau alat-alat utk makan minum (piring, cawan, mangkuk, dll); b) alas mangkuk (cangkir); ~ peti nyanyi = ~ hitam rekod; ~ (piring-piring) sepeda Id cakeram yg bergigi utk memusing­kan rantai sepeda (basikal); ~ terbang sj benda bercahaya berbentuk cakera yg kelihatan me­layang dgn pantas di angkasa, kononnya men­jadi pengangkutan makhluk asing; ~ warna Newton sj piring (drpd kertas dll) yg diwarnai dgn warna-warna yg ada dlm spektrum (kalau dipusing warnanya menjadi putih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *