Maksud pisau

0 44

pisau dalam bahasa Inggeris: knife

Maksud perkataan ini:

[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : sj besi tipis yg tajam dan berhulu utk memotong (menghiris dll); ~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~ calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; ~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; ~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~ runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk mengukir dll; berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan me­rasakan akibatnya; spt ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan per­tolongan orang lain; tajam ~ kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.