Apabila Tuhan Berbicara L157 SR

RM23.00

SKU: 978-967-411-249-3 Category:

Format: Paperback
Saiz: 6″ x 9″
ISBN-13: 978-967-411-2493
Tarikh Terbit: 30 Jun 2014
Jumlah Muka Surat : 272

Kategori: Islam Umum, Bantu Diri Umum, Motivasi & Inspirasi

Siri:

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Berat (KG): 0.35

Al-Quran adalah kitab Allah yang menjadi panduan hidup manusia sehingga hari kiamat. Panduan Al-Quran datang dalam bentuk mentah dan perlu diproses bagi memastikan isi berguna bagi membimbing manusia. Demi memudahkan pemahaman Al-Quran, para ulama sejak zaman dahulu sudah berusaha dengan sepenuh jiwa menyusun pelbagai ilmu berguna sebagai alat bagi merungkaikan kandungan Al-Quran.

Antara ilmu yang paling berkesan bagi merungkaikan panduan Al-Quran adalah ilmu tafsir Al-Quran. Ilmu ini adalah ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran daripada segi menghuraikan dalil-dalil serta memahami kandungannya bersesuaian dengan kehendak Allah dan tahap kemampuan akal manusia.

Al-Quran adalah sebuah kitab yang hidup dan mampu menghidupkan jiwa manusia. Jikalau air mampu menghidupkan bumi yang mati, Al-Quran juga seumpama air hidayah yang menghidupkan jiwa yang mati. Allah menjelaskan:

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي

بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (52)

Dan demikian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami. Kamu tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu), apakah kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu. Tetapi Kami jadikan Al-Quran; cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus

(Surah As-Syura, ayat 52)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Kedai buku dan komik di Makna.online kini dibuka.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Apabila Tuhan Berbicara L157 SR”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *