Men Are From Mars, Women Are From Venus: Edisi Kemas Kini (L159,G37)

RM38.00

SKU: 978-967-481-150-1 Category:

Sinopsis

Pada suatu masa dahulu, orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia, iaitu penyakit yang menyebabkan mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza.

Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi, dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan.

Men Are from Mars, Women Are from Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

“Jarang sekali kita berjumpa dengan buku bukan fiksyen yang membuatkan kita tidak mampu meletakkan buku sebelum habis membaca. Tetapi John Gray berjaya menghasilkannya.” – Susan Page

“.. panduan terbaik bagi memahami hubungan suami isteri.” – Harold Bloomfield

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Men Are From Mars, Women Are From Venus: Edisi Kemas Kini (L159,G37)”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *