Siri Cerita Hantu: Puaka Pejabat L166/L165

RM10.00

SKU: 978-967-369-386-3 Category:

Format: Paperback
ISBN: 978-967-369-386-3
Tahun Terbit: Mac 2017
Jumlah Muka Surat:128
Penerbit : Penerbit-X
Penulis: Mira Ishak, Mus Nasmian, Sabrina Ismail

Sinopsis
Hafiz bangun dari kubikelnya untuk bertanya sesuatu kepada Sarah. Tetapi dia terpaku apabila melihat ada susuk lembaga putih sedang berdiri betul-betul di sebelah kubikel Sarah. Lembaga itu membalas pandangannya. Seolah-olah sengaja memunculkan dirinya untuk dilihat.

Berselendang merah dan hanya menutup sebahagian rambutnya yang panjang mengurai, lembaga itu pegun. Matanya lohong dan gelap sehingga jatuh ke pipi. Bibirnya hanya garisan hitam, berkedut-kedut di atas kulit mukanya yang putih seperti tepung. Tubuhnya terapung dan cahaya lampu yang suram di belakangnya membuatkan kakinya langsung tidak kelihatan.

Hafiz perlahan-lahan duduk. “Alamak, Cik Ponti!” Dia berteriak tanpa suara sambil menggigit kesemua jari-jemarinya.

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Review

Kisah hantu kat pejabat ni memang ada banyak. kat tempat lama akak dulu pun ada je entiti ni muncul, mengusik. tapi yalah, nak kata takde benda-benda camni tipulah kan. dia nak mengusik, jerkah je balik. idea dan kisah yang dibawa memang menarik. penceritaan adakala sedikit santai tapi itu yang membuat pembaca teruskan pembacaan. tahniah buat ketiga penulis. -Ogy Yusof

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Siri Cerita Hantu: Puaka Pejabat L166/L165”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *