Maksud putar

putar dalam bahasa Inggeris: rotate

Maksud perkataan ini:

[pu.tar] | ڤوتر

Definisi : gerakan yg berpusing-pusing; gerakan yg bertukar arah. ~ alam suka atau cenderung melakukan tipu daya atau tipu muslihat. ~ balik a. tidak tetap atau tidak tegas perkataannya; bolak balik. b. jampi utk memanggil balik orang yg pergi. ~ belit tipu daya (muslihat, akal) yg berbelit-belit. berputar 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. memutarkan 1 membuat jadi berputar; menjadikan berputar; memusingkan: ~ skru; ~ jarum jam. 2 mengubah arah yg dituju; membelokkan: Dia ~ keretanya ke kiri. 3 = memutarbelitkan, memutarbalikkan membelit-belitkan kebenaran (janji dll): Orang yg selalu ~ perkataannya, tidak dpt dipercayai. ~ filem menayangkan filem. ~ lidah membelit-belitkan kata-kata. ~ otak berfikir dgn sungguh-sungguh. ~ wang memusingkan wang utk mencari untung. putaran gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. perputaran 1 hal berputar; perkisaran: ~ roda. 2 perubahan (pertukaran) keadaan dsb: ~ nasib. 3 peredaran (wang dsb); rangkaian peristiwa yg berubah-ubah. pemutaran perbuatan memutarkan. pemutar alat utk memutarkan (sesuatu): ~ skru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment