Categories
Perkataan

Maksud raba

raba dalam bahasa Inggeris: raba

Maksud perkataan ini:

[ra.ba] | راب

Definisi : tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan; meraba, meraba-raba 1. menyentuh (me­me­gang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak me­lihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba muka­nya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perem­puan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan me­nge­luar­kan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan se­suatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari jawab­annya sendiri, meraba-raba sendiri; merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai; teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselin­dung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakai­annya; rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *