Maksud ragu

ragu dalam bahasa Inggeris: doubtful

Maksud perkataan ini:

[ra.gu] | راݢو

Definisi : ; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; meragu Mn mengganggu, mengacau, mem­bingungkan: jangan ~ engkau di sini, mari pulang; meragui menaruh syak pd, bimbang ter­hadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, me­ngesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui lagi; meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apa­kah yg ~ hatimu lagi? keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangka­an yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Iklan 1: Cuba tengok sama ada tool ini boleh tolong anda buat iklan yang ramai orang membeli atau tidak.

Iklan 2: Nak belajar baca Al-Quran dengan cepat? Cuba tengok CepatQuran.net. Apps untuk belajar Al-Quran yang paling mudah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *