Maksud raja

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

raja dalam bahasa Inggeris: king

Maksud perkataan ini:

[ra.ja] | راج

Definisi : 1 orang yg mengetuai dan yg memerintah sesebuah negara atau bangsa secara warisan: Sesudah Perang Dunia Kedua, ~ Itali telah turun takhta. 2 gelar orang bangsawan yg berketurunan sultan. 3 orang (badan) yg berkuasa; pemerintah: Kompeni Inggeris kembali semula menjadi ~ di Melaka. 4 orang yg berkuasa dan besar pengaruhnya dlm sesuatu lingkungan perusahaan atau kepentingan (spt perusahaan minyak, kewangan): ~ minyak. 5 nama buah catur yg terpenting. ~ agas orang yg berbadan kecil tetapi berani. ~ bola pemain bola sepak yg handal. ~ laut laksamana. ~ muda anak raja bakal pengganti raja; tengku mahkota. ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri atau negara. ~ sehari pengantin. beraja 1 menjadi raja; berlaku sbg raja: Dia ~ di mata, bersultan di hati. 2 mempunyai raja: Adat negeri itu tiada ~. berajakan mempunyai atau menganggap seseorang sbg raja; beraja kpd; bertuankan: Orang Melaka sangat kasih akan beliau dan setuju ~ beliau. merajai 1 menjadi raja di; memerintah: Bagindalah yg mula-mula ~ negeri Perak. 2 menguasai diri. merajakan mengangkat menjadi raja; menobatkan: Setelah Sultan Ali mangkat, pembesar-pembesar Perak telah ~ Raja Ismail sbg gantinya. kerajaan 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. berkerajaan ada kerajaannya; mempunyai kerajaan (sbg pemerintah): Mereka bertindak utk mencapai kebebasan dan kekuasaan politik ke arah ~ sendiri. perajaan perihal (cara dll) merajai atau merajakan: Sistem ~ berterusan mengikut giliran di kalangan raja-raja Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.

Leave a Comment