Maksud rakam

rakam dalam bahasa Inggeris: record

Maksud perkataan ini:

Definisi : 1 bekas drpd sesuatu yg dicapkan atau yg dituliskan (spt garis berwarna pd kain tenun, huruf yg dicetak dll). 2 sulam atau suji dgn warna yg lain. 3 alur bunyi pd piring hitam atau pd pita rakam. merakam 1 memberi bercap (spt garis berwarna pd kain dll); mengecap; menera. 2 memberi bersulam (bersuji) dgn warna lain; menyulam; menyuji. merakamkan 1 menggambarkan sesuatu pd kain dll; mengecapkan; menerakan. 2 memasukkan sesuatu (bunyi atau suara) pd piring hitam, pd pita rakam dll. rakaman apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. perakaman perbuatan (hal dsb) merakam atau merakamkan: ~ lagu itu akan dibuat esok. perakam alat utk merakam atau utk merakamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *