Maksud rangkai

rangkai dalam bahasa Inggeris: trailer

Maksud perkataan ini:

[rang.kai] | رڠکاي

Definisi : susunan atau kaitan beberapa benda yg telah dihubungkan atau dikaitkan. ~ hati kekasih. ~ kata kelompok beberapa kata. berangkai 1 dlm keadaan bersambung atau berhubungan: Syarikat besar mempunyai perniagaan ~ yg menjual pelbagai jenis barangan. 2 mempunyai kaitan atau hubungan dgn yg lain: Kejadian itu ~ dgn kegiatan penyeludupan yg berlaku. berangkai-rangkai, berangkaian bersambung-sambung; berkait-kait: Huruf Jawi ditulis ~. merangkaikan menghubungkan supaya berangkai-rangkai; mengaitkan: Awalan spt ber-, me-, ter- dirangkaikan dgn kata yg mengikutinya. rangkaian 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. berangkaian mempunyai rangkaian: Perniagaan itu ~ dgn perniagaan rakan niaga lain. perangkaian proses atau perbuatan merangkaikan sesuatu, spt sistem. perangkai sesuatu yg merangkaikan atau yg menghubungkan. serangkai sama atau satu rangkai. menyerangkaikan menjadikan serangkai: Dia ~ buah manggis itu sepuluh-sepuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *