Maksud rata

rata dalam bahasa Inggeris: average

Maksud perkataan ini:

[ra.ta] | رات

Definisi : 1 tidak tinggi rendah; datar: Papan itu hendaklah diketam dahulu supaya ~. 2 seluruh permukaannya sama diliputi: Dinding itu hendaklah dicat ~. 3 semuanya beroleh bahagian yg sama: Pusaka itu dibahagi ~. 4 tersebar ke mana-mana (bkn berita); terdapat di mana-mana; di mana-mana pun ada: Wabak taun sudah ~ di negara itu. rata-rata 1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim. merata 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. merata-rata terdapat di banyak tempat; ada di segenap atau seluruh: Sampah sarap bersepah di ~ tempat. meratai merata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja. meratakan 1 menjadikan rata; mendatarkan: Mereka sedang ~ kawasan itu utk dijadikan tapak perumahan. perataan perbuatan, hal dsb merata, meratai atau meratakan. perata alat (jentera dll) yg meratakan. serata seluruh; segenap: Poster pilihan raya telah ditampalkan di ~ tempat. menyeratakan menyiarkan, menghebahkan dsb ke serata tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak tengok produk yang boleh tolong dapatkan kulit yang lebih flawless? Boleh tengok di channel Telegram My Skincare Guide ini.

Leave a Comment